IPOH: Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) sedang menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti sama ada terdapat petugasnya terlibat dalam kes penipuan berkaitan projek perlombongan dan usahasama dengan menggunakan nama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.
MB Inc dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya juga tidak akan sekali-kali melindungi mana-mana petugasnya jika didapati bersalah dan akan mengambil tindakan dalaman yang tegas.
"MB Inc mengambil maklum terhadap berita yang dilaporkan oleh media tempatan berkaitan dua individu yang dituduh di mahkamah semalam kerana penipuan berkaitan pemberian projek perlombongan oleh MB Inc dan penyamaran sebagai CEO (ketua pegawai eksekutif) MB Inc.
"Pihak kami memandang serius insiden ini dan pada masa sama turut membantu pihak polis dalam siasatan," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu mana-mana pihak yang ingin membuat pertanyaan atau cadangan dinasihatkan supaya menggunakan medium atau saluran rasmi MB Inc dan tidak menggunakan perkhidmatan 'orang tengah'.
Semalam, media melaporkan Heidil Iskandar Mohd Shamlan, 33, dan Mohd Zulkifli Mohd Toha, 45, didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas dua tuduhan menipu menggunakan nama MB Inc dan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.
Mereka didakwa menipu Muhammad Razlan Abdullah, 65, dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai bahawa mereka dapat memberi satu projek perlombongan unsur nadi bumi (REE) di Hulu Perak menggunakan nama MB Inc.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024
Heidil Iskandar (kiri) dan Mohd Zulkifli didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 26 Januari atas pertuduhan menipu berkaitan projek perlombongan dan usahasama menggunakan nama MB Inc. - Bernama
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
MB Inc arah kuari ditutup sementara, atasi pencemaran air di perkampungan Orang Asli
Notis tersebut dikeluarkan oleh pihak MB Inc pada 12 Jan lepas bagi memastikan kerja-kerja pemulihan dilaksanakan serta-merta.
MB Inc nafi jual tanah Lapangan Terbang Taiping
Pentadbiran terdahulu telah meluluskan tanah seluas 10 hektar di Lapangan Terbang Taiping di Tekah kepada pihak pengurusan MB Inc sebelum ini bagi tujuan pembangunan dengan kerjasama pemaju swasta.
Penerokaan haram Bukit Kledang: Kerja baik pulih dalam masa terdekat
PTG Negeri Perak telah mengarahkan peneroka haram terlibat untuk membaiki semula struktur tanah bagi mengelakkan sebarang hakisan cerun di kawasan berkenaan.
Penerokaan haram Bukit Kledang untuk ladang sawit - MB Inc
Pencerobohan haram berkeluasan hampir 10 hektar itu turut melibatkan sebahagian dari tanah milik MB Inc.
Buktikan ada negeri bentang laporan MB Inc, CMI di sidang DUN - Zambry
Sekiranya terbukti terdapat negeri yang membentangkan laporan audit berkenaan MB Inc dan CMI di persidangan DUN, maka Perak terbuka untuk berbuat demikian.